Buku Kupas Tuntas Etika Berhias Wanita Muslimah | Toko Muslim Title

Buku Kupas Tuntas Etika Berhias Wanita Muslimah

Kode: BK 766
Harga Buku:
Rp. 30.000
Rp. 25.500 (Diskon)

Penulis : Syaikh Amru ‘Abdul Mun’im Salim
Penerbit : Pustaka At-Tibyan

Resensi

Perhiasan adalah sesuatu yang halal dipakai oleh kaum wanita mahupun kaum lelaki. Hanya saja, syariat yang hanif dan lurus ini membezakan di antara perhiasan yang boleh dipakai oleh kaum lelaki dan perhiasan yang boleh dipakai oleh kaum wanita.

Ini semua adalah untuk kemaslahatan kehidupan umat manusia. Kerana Allah tidak menetapkan suatu syari’at bagi manusia melainkan di dalamnya mengandungi maslahah (kebaikan) bagi mereka. Pada masa ini kita hidup di sebuah zaman, di mana semangat manusia untuk mencari ilmu-ilmu syar’i semakin berkurangan, sekalipun terhadap ilmu syar’i yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf dan fardhu ‘ain. Manusia tidak lagi memerhatikan hukum-hukum yang berkaitan dengan perhiasan, sama ada kerana kejahilan atau pura-pura jahil. Sehingga tersebarlah pelbagai jenis bala’ dan fitnah dengan keluarnya kaum wanita ke khalayak umum sesuka hati. Mereka bercampur-baur dengan kaum lelaki di pelbagai tempat dan sudut, di pasar-pasar dan tempat-tempat umum lainnya. Mereka berhias secantik mungkin, dan memakai baju yang terindah bagi mereka (untuk menarik perhatian) seakan-akan mereka adalah pada pengantin yang berhias untuk suami mereka!

Oleh itu, satu-satunya jalan untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan mengajak kita semua kembali kepada hukum/hakam yang telah ditetapkan Allah dan Rasul-Nya. Dan buku kecil yang ada di hadapan pembaca ini adalah di antara tulisan yang memuatkan persoalan tersebut, Yang mampu menjadi salah satu rujukan bagi setiap muslimah yang hatinya masih disinari oleh cahaya keimanan dan menjawab pelbagai pertanyaan yang masih merunsingkan dalam persoalan etika berhias ini.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bab, membahaskan persoalan mahram, maksud perhiasan, jenis-jenis perhiasan, halalnya berwangi-wangian kecuali di hadapan lelaki yang bukan-mahram, bercelak, bersiwak, mengikir & mengubah-suai gigi, adab bersikat, mencabut bulu ketiak & bulu kemaluan, memendekkan rambut, mewarnai uban, memotong dan mengecat kuku. Juga membahas tentang apakah suara wanita sama ada aurat atau sebaliknya. Adab-adabnya berpakaian, dilarangnya berpakaian hitam di ketika berkabung (bersedih), adab berkasut/sandal, hukum emas/perak, gelang kaki, cincin besi, pembedahan plastik/kecantikan, bertindik, dan lain-lain lagi…

toko-muslim.com

Related Post

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 4 =